Pages

Sunday, January 16, 2011

SALAM PENGHARGAAN BUAT SEMUA !

Gambar dari Ramlysp

Kepada Semua Tetamu JMJ'11

Syabas dan jutaan terima kasih dari kami Team JMJ'11 kepada semua rider yang telah berkunjung ke laman JMJ. Sokongan rider semua telah memberikan makna yang tersendiri khususnya apabila angka terus berubah dari sehari ke sehari sehingga merekodkan 1609 rider. Catatan ini telah memeriahkan JMJ'11 dan memenuhi sepanjang 48 km trek selepas flag off oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, YB Senator Tuan Gan Ping Shou.

Sehingga berakhirnya cabutan bertuah yang yang terakhir, sokongan semua rider yang tidak berganjak dari laman JMJ telah meninggalkan kesan yang mendalam dan direkodkan dalam sejarah peribadi masing masing. Inilah Jamboree pertama yang kami anjurkan dan kami bersyukur kerana mendapat sokongan yang padu dari semua rider. Semua maklumbalas yang disampaikan, akan kami rekodkan dan jadikan ia sebagai garispanduan baru buat kami.

Kepada rider yang masih belum menerima jersey masing masing, Insya Allah akan kami uruskan dan ia bergantung kepada proses berikutnya.

Kami maklum bahawa penganjuran ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak. Justeru, kami Team JMJ'11 mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang telah diberikan. Kesilapan dan kekurangan yang berlaku adalah tidak disengajakan dan di luar jangkaan. Kami mengambil iktibar darinya. Salam ampun & maaf kami pohonkan jika ada mana mana pihak yang menghadapi kesusahan sehingga berakhirnya JMJ'11 kelmarin.

Tiada noktah untuk terus berJamboree walau di mana jua, perhimpunan terbaik untuk semua rider. Jumpa rider semua di lain ketika.............

Salam hormat,

Team JMJ'11

No comments: