Pages

Wednesday, January 19, 2011

PEMENANG JERAI MTB JAMBOREE 2011

Pemenang Kategori Lelaki

1. Mohd Iskandar Fitri - SBS-Giant Racing Team
2. Azizan Manaf - Le Tua
3. Mohd Shafari Abdul Malik - Chiru Mercury Team
4. Ian Chin - FR Team
5. Goh Yong Choon - SBS-Giant Racing Team

Pemenang Kategori Wanita

1. Masziyaton Mohd Radzi - MSN Kedah
2. Nur Syuhaini Othman - MSN Kedah
3. Mardiana Mohd Radzi - MSN Kedah
4. Michelle Fong - CCI
5. Rosmah Othman - Dreamwerkz Cycles

PEMENANG KESELURUHAN
SEMUA PESERTA YANG TURUT SERTA DALAM JERAI MTB JAMBOREE 2011
TAHNIAH UNTUK SEMUA

Sunday, January 16, 2011

SALAM PENGHARGAAN BUAT SEMUA !

Gambar dari Ramlysp

Kepada Semua Tetamu JMJ'11

Syabas dan jutaan terima kasih dari kami Team JMJ'11 kepada semua rider yang telah berkunjung ke laman JMJ. Sokongan rider semua telah memberikan makna yang tersendiri khususnya apabila angka terus berubah dari sehari ke sehari sehingga merekodkan 1609 rider. Catatan ini telah memeriahkan JMJ'11 dan memenuhi sepanjang 48 km trek selepas flag off oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, YB Senator Tuan Gan Ping Shou.

Sehingga berakhirnya cabutan bertuah yang yang terakhir, sokongan semua rider yang tidak berganjak dari laman JMJ telah meninggalkan kesan yang mendalam dan direkodkan dalam sejarah peribadi masing masing. Inilah Jamboree pertama yang kami anjurkan dan kami bersyukur kerana mendapat sokongan yang padu dari semua rider. Semua maklumbalas yang disampaikan, akan kami rekodkan dan jadikan ia sebagai garispanduan baru buat kami.

Kepada rider yang masih belum menerima jersey masing masing, Insya Allah akan kami uruskan dan ia bergantung kepada proses berikutnya.

Kami maklum bahawa penganjuran ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak. Justeru, kami Team JMJ'11 mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang telah diberikan. Kesilapan dan kekurangan yang berlaku adalah tidak disengajakan dan di luar jangkaan. Kami mengambil iktibar darinya. Salam ampun & maaf kami pohonkan jika ada mana mana pihak yang menghadapi kesusahan sehingga berakhirnya JMJ'11 kelmarin.

Tiada noktah untuk terus berJamboree walau di mana jua, perhimpunan terbaik untuk semua rider. Jumpa rider semua di lain ketika.............

Salam hormat,

Team JMJ'11

Thursday, January 13, 2011

Tuesday, January 11, 2011

MAKLUMAT TERKINI JMJ '11

JERAI MOUNTAINBIKE JAMBOREE

Tarikh : 16 Januari 2011 (Ahad)
Flag-off : 7.45 pagi
Tempat : Perwaja Steel Sdn Bhd, Gurun, Kedah.
Jarak : 48 km

PENGAMBILAN GOODIES

Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 2.00 - 9.00 pm
Tempat : Perwaja Steel Sdn Bhd, Gurun, Kedah.

ATURCARA PADA 16 JANUARI 2011

06.45 pagi - Check-in Peserta di Check Point 1 (CP 1)
07.15 pagi - Ketibaan VIP
07.45 pagi - Pelepasan Peserta (Flag-off) oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan (YB Senator Tuan Gan Ping Shou)
11.30 pagi - Makan Tengahari
12.30 t/hari - Penyampaian Hadiah/Cabutan Hadiah Bertuah
02.30 ptg - Tamat

CHECK POINT (CP)

Terdapat 3 Check Point (CP) termasuk ditempat permulaan.

FEEDING POINT

Terdapat 3 Feeding Point disepanjang laluan.
KM14 - Air Minuman, KM 27 - Air Minuman + Pisang dan KM 37 - Suntonic + Air Minuman

CUT-OFF TIME

'Cut Off Time' adalah pada pukul 11.30 pagi di KM 36.

MEDAL

Gold Medal - Tempat 1 - 100 dan Silver Medal - 101 -500

Ranking Sticker bermula dari nombor 501 akan diberikan kepada semua peserta yang tiba digarisan penamat dengan mendapat ketiga-tiga Check Point.

HADIAH PEMENANG

Kategori Lelaki : Tempat 1 - 3 (Trofi & Wang Tunai) & 4 - 5 (Trofi)
Kategori Wanita : Tempat 1 - 3 (Trofi & Wang Tunai) & 4 - 5 (Trofi)

CABUTAN BERTUAH

Hanya peserta yang mendapat SEMUA Tiga Check Point layak untuk Cabutan Bertuah
Peserta hendaklah menunjukkan nombor peserta semasa mengambil hadiah Cabutan Bertuah.

PENANDAAN DIDALAM LALUAN

Disamping Marshal yang bertugas laluan akan ditandakan menggunakan 'Barrier Tape' dan 'Arrow'


SIDANG AKHBAR JMJ '11

Majlis sidang akhbar untuk Jerai MTB Jamboree 2011 diadakan di Hotel Harvard Suasana pada 11/1/11 jam 2.30 petang. Majlis ini dihadiri oleh penaja-penaja dan juga AJK Induk JMJ '11. Terima kasih kepada semua yang terlibat.























































Friday, January 7, 2011

BERAKHIRNYA TEMPOH PENDAFTARAN

Salam Sejahtera !

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang teramat baik dalam melicinkan lagi proses pendaftaran ini. Kepada yang mungkin terlupa memaklumkan kepada Team JMJ'11 tentang pembayaran yuran pendaftaran masing masing, harap dapat segera berbuat demikian. Bantuan semua akan melicinkan lagi proses semakan.

Oopppps!. Dah sampai ketikanya untuk tempoh pendaftaran peserta baru berakhir. Sehingga saat ini, Team JMJ'11 telah menerima pendaftaran lebih 1500 orang peserta. Sesungguhnya kami amat terharu dengan sambutan semua terhadap JMJ'11.

SECARA RASMINYA, PENDAFTARAN UNTUK JMJ'11 DITUTUP. Kini para peserta yang telah mendaftar telah memulakan countdown masing masing menjelang 16hb Januari 2011. Kami nantikan kunjungan semua ke JMJ'11@Gurun, Kedah.

Jumpa semua di JMJ'11.

Friday, December 10, 2010

MAKLUMAT JMJ '11

Semua maklumat peserta telah dikemaskini dan peserta boleh membuat semakan di dalam 'Participant List'. Walaubagaimanapun pendaftaran masih boleh dibuat sehingga 6 Januari 2011 dan dikategorikan sebagai 'Late Registration'. Peserta yang mendaftar sebagai 'Late Registration' akan mendapat jersey selepas 16 Januari 2011.

Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kepada semua yang telah memberi sokongan kepada Jerai MTB Jamboree 2011.
Penganjur JMJ '11