Pages
Sunday, November 14, 2010
JERSEY RASMI JMJ'11
Sunday, November 7, 2010
Friday, November 5, 2010
HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH
Milik Siapa Frame Ini ? 16hb Januari 2011 Akan Terjawab; Rezeki Siapa Agaknya....
Thursday, October 28, 2010
MAKLUMAT JMJ '11
Masa Flag-Off : 07.30 pagi
Tempat Mula/Tamat : Perwaja Steel Gurun, Kedah
Yuran Penyertaan : RM50.00 (Sehingga 30/11/2010)
Penyertaan Lewat : RM60.00 (Selepas 30/11/2010)
Jarak : 45km ++
Trek : 20% Road & 80% Off-road
Check Point : 3 (Termasuk tempat permulaan)
Water Point : 3 (Energy Drink, Minuman+Buah & Minuman)
Makan Tengahari : Untuk semua peserta
Medal : Ranking medal diberikan kepada pemenang 1 - 100 & cenderahati kepada pemenang 101 - 500
Ranking : Setiap peserta yang menamatkan kayuhan dengan semua check point akan diberikan 'ranking sticker'
Trofi : Pemenang kategori Lelaki 1 - 5 & kategori wanita 1 - 5
Goodies : Jersey & Sijil (Akan diberikan pada 15 Jan 2011 jam 2.00 - 9.00 pm di Perwaja Steel Gurun, Kedah)
Lucky Draw : Bicycle frame, helmet, bicycle part dan lain-lain
Penaja Utama : Perfect Channel Sdn Bhd, PFC Engineering Sdn Bhd
Penaja : Suntonic, Beijing Tieforce, NF International, GIANT, XTREME Bike, SOOI HIN Bicycle Shop, CT Cycle, SOOBENG, Beras Cap Rambutan
Penganjur : Kelab Sukan & Rekreasi Perwaja (KESUREP) dan Perwaja MTB Club
DAFTARLAH SEKARANG. TARIKH TUTUP 30 NOVEMBER 2010
Wednesday, October 27, 2010
Saturday, July 10, 2010
JEMPUTAN UNTUK JMJ '11
KEPADA SEMUA PEMINAT !
Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal merupakan acara sukan atau riadah yang sering mendapat sambutan semua lapisan masyarakat. Tidak dinafikan ia merupakan suatu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan di samping untuk tujuan kesihatan. Di dalam memeriahkan aktiviti tersebut,Kelab Sukan dan Rekreasi Perwaja (KESUREP) dengan kerjasama Perwaja MTB Club akan menganjurkan Jerai Mountain Bike Jamboree (JMJ '11) pada 16 Januari 2011 bertempat di Perwaja Steel, Gurun, Kedah. Laluan untuk Jamboree tersebut melibatkan jarak lebih kurang 45km meliputi kawasan jalanraya, perkampungan, ladang getah dan kelapa sawit.
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput rakan-rakan yang meminati atau terlibat dalam aktiviti berbasikal samada individu atau kelab untuk turut memeriahkan jamboree tersebut. Bantuan anda untuk bersama - sama menghebahkan jamboree ini di kalangan komuniti & rakan - rakan riders yang lain amatlah diharapkan demi mengangkat taraf "sukan mountainbike" ke persadanya yang tersendiri.
Sukan untuk semua.....Marilah berkampung di JERAI MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2011 !
Sokongan dan penyertaan dari semua pihak sangatlah dihargai.
Download Borang Penyertaan
Sekian. Terima kasih.
Penganjur JMJ '11
